Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Anak emas Singapura: Silat

Yakin pada keupayaan diri

Di sebalik kalungan emas di dada, tersemat kisah pengorbanan peribadi dan azam untuk menang yang membara dalam jiwa tiga atlit juara ini. Semangat juang dan kesungguhan mereka mendaki ke puncak sukan masing-masing adalah kisah yang berupaya menjadi inspirasi bagi atlit-atlit generasi mendatang. Nazri Hadi Saparin (mhadi@sph.com.sg) melaporkan.

Yakin pada keupayaan diri

Yakin pada keupayaan diri
TIDAK PERNAH MERAGUI DIRI: Meskipun beliau tidak diharap membawa pulang pingat, apatah lagi pingat emas, dalam diam Nur Alfian yakin beliau mampu membawa pulang emas yang diidam-idamkan. - Foto Nazri Hadi Saparin
NAZRI HADI SAPARIN

TIADA siapa yang manaruh harapan bahawa pesilat Nur Alfian Juma'en berupaya membawa pulang pingat emas dari Sukan SEA Myanmar.

Sebaliknya, perhatian negara tertumpu kepada juara dunia, Shakir Juanda, yang merupakan atlit pilihan untuk memenangi pingat emas dalam sukan tersebut.