Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27
Sukan penyatu warga
TIDAK KETINGGALAN: Warga Myanmar berpeluang menonton acara Sukan SEA yang disiarkan di skrin gergasi yang disediakan seperti di luar Pusat Latihan Lewe ini.
SENDIRIAN PUN BOLEH: Seorang warga Myanmar sendirian berpayung menonton acara Sukan SEA yang disiarkan di skrin gergasi yang disediakan seperti di luar Pusat Latihan Lewe ini.
JENGOK-JENGOK: Sewaktu acara pertandingan sukan berjalan, kekadang ada warga Myanmar yang bertugas di luar bangunan di lokasi sukan masuk untuk menonton walau hanya seketika seperti seorang pegawai keselamatan lelaki ini yang menjengok untuk menonton acara sepak takraw .
PENCETUS INSPIRASI: Seorang atlit Myanmar (bertopi hitam) yang memenangi pingat emas sukan Kayak 200m Wanita bertemu para penyokong yang merupakan penduduk berdekatan Empangan Ngalike, tempat sukan Kanu dan Kayak diadakan, untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberi.
TETAP SOKONG: Encik Akbar Ali (kanan berdiri berkemeja-T merah) bersama teman beliau dilihat berada di Stadium Zayar Thiri untuk menyaksikan pasukan bola sepak Singapura menentang Laos.
YANG PENTING SOKONG: Penyokong sukan tinju Thailand yang datang bukan hanya untuk memberi sokongan kepada pasukan Thailand malah kepada semua peserta yang bertanding.
TURUT MENYOKONG: Dua Sami turut turun padang memberi sokongan kepada pasukan Myanmar yang mengambil bahagian dalam pertandingan sukan Kayak dan Kanu di Empangan Ngalik.
Norman Sawi

Sukan SEA ke-27 yang dianjurkan buat pertama kali di Myanmar dalam tempoh 44 tahun ini memberi peluang kepada warganya, terutama di Naypyidaw dan Yangon, untuk menyaksikan atlit-atlit sukan serantau beraksi. Ramai penduduk yang datang menyokong bukan sahaja atlit tuan rumah malah atlit asing, walaupun sesebuah acara sukan berlangsung jauh dari tempat kediaman mereka. Empangan Ngalike yang menjadi tuan rumah untuk kayak dan bot tradisional misalnya terletak di kawasan pedalaman sekitar 45 minit dari pusat bandar Naypyidaw, tetapi selalu dibanjiri penduduk. Acara sukan ini juga mampu menyatukan warga - beberapa Sami Buddha oleh dilihat turut menyaksikan acara sukan.