Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

KEJOHANAN PENCAK SILAT KEBANGSAAN KE-40

Seni Grasio juara lapan tahun berturut-turut

KEJOHANAN PENCAK SILAT KEBANGSAAN KE-40 Seni Grasio juara lapan tahun berturut-turut
KEKALKAN TRADISI: Keluarga silat Seni Grasio meraikan kemenangan di Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan (PSK) ke-40. Ia memenangi gelaran juara keseluruhan buat lapan tahun berturut-turut selepas memenangi 48 pingat emas - separuh daripada 96 pingat emas yang ditawarkan.- Foto JOHARI RAHMAT
NORMAN SAWI

SENI Grasio mencipta sejarah selepas memenangi gelaran keseluruhan Kejohanan Pencak Silat Kebangsaan (PSK) ke-40 - yang kelapan berturut-turut - di Dewan Sukan Pasir Ris hujung minggu lalu.

Perguruan silat yang diketuai bekas juara dunia Sheik Alau'ddin Yacoob Marican itu memenangi 48 pingat emas, 25 perak dan tujuh gangsa.