Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Anak emas Singapura: Kapal Layar

Semangat juara tebus kecewa

Di sebalik kalungan emas di dada, tersemat kisah pengorbanan peribadi dan azam untuk menang yang membara dalam jiwa tiga atlit juara ini. Semangat juang dan kesungguhan mereka mendaki ke puncak sukan masing-masing adalah kisah yang berupaya menjadi inspirasi bagi atlit-atlit generasi mendatang. Nazri Hadi Saparin (mhadi@sph.com.sg) melaporkan.

Semangat juara tebus kecewa

Semangat juara tebus kecewa
SEMANGAT PERKASA: Usah terpedaya dengan luaran Fathin Rasyiqin yang lemah lembut kerana remaja berusia 15 tahun ini memiliki semangat juang yang tinggi, yang memacu kejayaannya di Sukan SEA Myanmar baru-baru ini. - Foto NAZRI HADI SAPARIN
NAZRI HADI SAPARIN

FATHIN Rasyiqin Mohamed Firdaus tampak sama seperti kebanyakkan remaja sabaya dengannya.

Namun, seperkara yang membezakan atlit sukan kapal layar itu dengan remaja-remaja lain ialah semangat juaranya.