Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

ANUGERAH JAWATANKUASA OLIMPIK ANTARABANGSA (IOC)

Pengiktirafan bagi tiga tokoh sukan negara

Pengiktirafan bagi tiga tokoh sukan negara
BERI SUMBANGAN: (Dari kiri) Encik Chris Chan, Dr Tan Eng Liang dan Encik Tan Howe Liang diberi anugerah kerana sumbangan mereka yang tidak ternilai dalam bidang sukan. - Foto-foto fail
Berita Harian

BUDAYA menghargai dan mengiktiraf sumbangan individu kepada masyarakat penting bagi menunjukkan penghargaan kepada insan yang telah berkhidmat kepada masyarakat tanpa menjangka ganjaran, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin.

Berucap di majlis Anugerah Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Faber Peak semalam, Encik Tan berkata banyak peranan berjaya dalam sukan memerlukan minat mendalam, dedikasi, serta semangat sukarelawan dan keinginan melaksanakan kebaikan bagi masyarakat.