Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

MENJELANG SUKAN OLIMPIK RIO 2016

Masalah Zika, dadah bimbangkan AS

BEVERLY HILLS (Amerika Syarikat): Zika, dadah dan masalah tempat menguasai hari pertama sidang puncak media Jawatankuasa Olimpik Amerika Syarikat kelmarin apabila para pegawai melahirkan keprihatinan mengenai kesihatan dan keselamatan atlit di Olimpik Rio tahun ini.

Tidak seperti Sukan Olimpik yang lalu apabila isu keselamatan menguasai persiapan menjelang Sukan Olimpik, kali ini wabak Zika yang dibawa nyamuk mencetuskan kebimbangan sedang temasya sukan tersebut hanya sekitar lima bulan sahaja lagi.