Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Maria Sharapova akui uji positif bahan terlarang

Maria Sharapova akui uji positif bahan terlarang
Foto AFP

IMPLIKASI besar dijangka mengiringi 'kejatuhan' ratu tenis dunia, Maria Sharapova, yang membuat pengumuman mengejut bahawa beliau gagal ujian dadah dalam sidang media 'tergempar' di Los Angeles dinihari semalam.

Pemenang lima kejuaraan Grand Slam dari Russia ini akui diuji positif bagi bahan terlarang, meldonium, yang didakwa digunakannya sejak lebih 10 tahun lalu.