Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

PIALA MALAYSIA

Zulfahmi tekad tunjuk keupayaan

Zulfahmi tekad tunjuk keupayaan
SEDIA BERAKSI: Zulfahmi Arifin bersedia beraksi di midfield atau pertahanan LionsXII. - Foto ZAINAL YAHYA
NORMAN SAWI

BELIAU berhempas pulas membendung pemain Syria di midfield Singa minggu lalu dan menyifatkan perlawanan kelayakan Piala Dunia itu antara yang paling menguji keupayaannya.

Selepas perlawanan yang dimenangi Syria 2-1 itu, Zulfahmi Arifin akur beliau menghadapi kesukaran menyesuaikan diri beraksi di posisi kegemarannya itu, selepas diturunkan sebagai pemain pertahanan bagi sebahagian besar musim Liga Super Malaysia ini.