Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Tiada Rangel, tapi Mat Yo dijangka beraksi

Berita Harian

WALAU Madhu Mohana dan rakan sepasukannya tidak akan berdepan dengan penyerang berbahaya Paulo Rangel malam ini, benteng LionsXII tetap akan diuji oleh seorang pemain berbahaya yang dikenali penyokong bola sepak setempat.

Penyerang nasional Malaysia Norshahrul Idlan Talaha - yang lebih dikenali dengan nama gelaran Mat Yo - dijangka beraksi, selepas Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengurangkan penggantungan lima perlawanan yang dijatuhkan ke atasnya kepada tiga perlawanan.