Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Perlu juga tumpu pada Piala Malaysia

ANWAR YAHYA

SEBELUM menyambut kedatangan Jepun dan Syria dalam Kelayakan Piala Dunia (WCQ) 2018 pada 12 dan 17 November ini, Khairul Amri dan rakannya perlu menumpukan perhatian kepada perjuangan LionsXII dalam Piala Malaysia.

LionsXII, yang sebahagian besar pemainnya turut membentuk skuad nasional, akan turun bagi pertarungan terakhir Kumpulan A di padang lawan menentang Terengganu - yang awalnya dijadualkan 7 November tetapi kini dipercepatkan kepada Rabu depan.