Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Perlawanan penentu: Fandi yakin

Perlawanan penentu: Fandi yakin
YAKIN BERSEDIA: Walau akur pasukannya berdepan dengan tugas sukar di Kuala Terengganu, Fandi Ahmad (depan) yakin anak didiknya mampu menunjukkan keupayaan sebenar malam nanti. - Foto THE NEW PAPER
NORMAN SAWI

PASUKANNYA mendahului Kumpulan A tetapi perjalanan Fandi Ahmad dan LionsXII dalam Piala Malaysia boleh berakhir malam ini.

Dengan kelebihan tiga mata ke atas pesaing terdekat Kedah dan Terengganu - yang masing-masing mempunyai tujuh mata - LionsXII bertandang ke Kuala Terengganu dengan hanya memerlukan keputusan seri bagi menjamin tempat di persada kumpulan dan tiket ke suku akhir.