Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

BOLA SEPAK NASIONAL

Musim hebat tapi tugas Izzdin belum selesai...

Bantu LionsXII juarai Piala FA serta dapat panggilan skuad nasional tahun ini, tunggak midfield lasak kini azam bantu LionsXII melangkah jauh dalam Piala M'sia

Musim hebat tapi tugas Izzdin belum selesai...
IZZDIN SHAFIQ: Antara pemain yang paling menyerlah dalam bola sepak setempat musim ini. - Foto ZAINAL YAHYA
ANWAR YAHYA

SEPERTI pengakuannya sendiri, ini adalah tahun yang menakjubkan.

Memulakan setiap perlawanan bagi LionsXII sejak Januari lalu, membantu rakannya menjulang Piala FA Malaysia pada Mei lalu dan mendapat panggilan sulung skuad nasional seminggu selepas pencapaian bersejarah itu.