Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

PIALA MALAYSIA

Gol sulung Sufian penuh makna

Gol sulung Sufian penuh makna
GOL SULUNG PENTING: Pemain penyerang, Sufian Anuar (jersi 25), meraikan gol pertamanya musim ini - gol penting semasa menewaskan Terengganu kelmarin - dengan rakan sepasukan, Safuwan Baharudin. - Foto THE NEW PAPER
ANWAR YAHYA

AGAK lama menunggu tetapi Sufian Anuar memastikan namanya kembali menjadi sebutan peminat bola sepak setempat apabila gol sulungnya musim ini membantu LionsXII mara ke pusingan kalah mati Piala Malaysia kelmarin.

Seperti lazimnya sepanjang musim ini, penyerang berusia 28 tahun itu memulakan perlawanan di bangku pemain simpanan, tetapi selang hanya enam minit dimasukkan - menggantikan tempat penyerang utama, Khairul Amri, yang ditimpa kecederaan - beliau menyumbatkan gol penyamaan pasukan di samping memainkan peranan di atas gol kemenangan LionsXII jaringan Christopher van Huizen.