Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Anak emas Singapura: Mendayung

Kini detiknya untuk bersinar

Di sebalik kalungan emas di dada, tersemat kisah pengorbanan peribadi dan azam untuk menang yang membara dalam jiwa tiga atlit juara ini. Semangat juang dan kesungguhan mereka mendaki ke puncak sukan masing-masing adalah kisah yang berupaya menjadi inspirasi bagi atlit-atlit generasi mendatang. Nazri Hadi Saparin (mhadi@sph.com.sg) melaporkan.

Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee

Kini detiknya untuk bersinar
RATU NEGARA: Aisyah tidak gentar kepada cabaran dan kesukaran, malah ia menjadi obor pembakar semangatnya untuk berjuang mencapai kejayaan demi sukan dan negara tercinta. - Foto NAZRI HADI SAPARIN
NAZRI HADI SAPARIN

ORANG kata, kehidupan di puncak kejayaan itu sememangnya sunyi.

Hakikat tersebut begitu menyerlah bagi pendayung negara, Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee, yang membuat kejutan di Sukan SEA Myanmar hasil kejayaannya merangkul pingat emas dalam acara lightweight single sculls 2,000 meter wanita.