Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

SOROTAN MINGGUAN LIGA-S GREAT EASTERN-YEO'S

Jumlah rekod baru penonton musim ini petanda baik

Jumlah rekod baru penonton musim ini petanda baik
STADIUM SARAT PENYOKONG: Lebih 3,500 peminat membanjiri Stadium Bishan bagi pertarungan Home-Tampines pada Khamis lalu. - Foto-foto TAUFIK A. KADER
Jumlah rekod baru penonton musim ini petanda baik
RAIKAN GOL: Bintang penyerang Tampines, Jermaine Pennant (kanan), mendapat ucapan tahniah daripada rakan-rakannya selepas menjaringkan gol cantik melalui sepakan percuma.
ANWAR YAHYA

IA satu scenario yang jarang sekali dilihat dalam bola sepak Liga-S Great Eastern-Yeo's - peminat yang beratur panjang sehingga di luar stadium untuk menyaksikan pertemuan antara Home United dengan Tampines Rovers di Stadium Bishan pada malam Khamis lalu.

Sejumlah 3,551 penonton - satu rekod baru bagi musim ini - menyaksikan pertarungan antara dua kelab berprofil tinggi itu - Home kerana kehadiran dua anak legenda bola sepak negara, Fandi Ahmad, dan Tampines, pasukan glamor' tahun ini yang menampilkan bekas bintang Arsenal dan Liverpool, Jermaine Pennant.