Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

MARIA SHARAPOVA GAGAL UJIAN DADAH

Boleh digantung hingga empat tahun

Ratu tenis dunia buat pengakuan tergempar gagal ujian dadah di Terbuka Australia

Boleh digantung hingga empat tahun
TIDAK SENGAJA: Berucap di sidang media di Los Angeles, Maria Sharapova mengatakan beliau tidak sedar ubat yang digunakannya kini tersenarai sebagai dadah terlarang sejak awal tahun ini. - Foto AFP
Boleh digantung hingga empat tahun
IGAUAN BURUK: Srikandi tenis Russia, Maria Sharapova, meraikan salah satu kemenangannya di Terbuka Australia yang lalu tetapi kini menghadapi hukuman penggantungan selepas gagal ujian dadah. - Foto REUTERS

LOS ANGELES: Ratu tenis dunia, Maria Sharapova, menghadapi hukuman gantung sehingga empat tahun daripada sukan itu selepas pengakuan yang dibuatnya di sidang media di sini dinihari semalam bahawa beliau gagal ujian dadah semasa di Terbuka Australia awal tahun ini.

Dengan nada suara yang terketar-ketar, srikandi Russia itu - yang mengenakan pakaian hitam dari rambut hingga hujung kaki - mengatakan di sidang media 'tergempar' itu bahawa beliau diuji positif bagi bahan terlarang meldonium - ubat yang dihasilkan di Latvia khusus untuk pesakit yang mempunyai masalah jantung.