Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Bintang tenis Maria Sharapova gagal ujian dadah

Bintang tenis Maria Sharapova gagal ujian dadah
Maria Sharapova memberitahu satu sidang akhbar di Los Angeles, Amerika Syarikat, bahawa beliau tidak tahu ubat yang beliau telah ambil selama 10 tahun disenaraikan sebagai bahan terlarang sejak awal tahun ini. Gambar AFP

LOS ANGELES: Bintang tenis Maria Sharapova telah mendedahkan bahawa beliau gagal ujian dadah di Terbuka Australia.

Bekas pemain nombor 1 dunia dari Russia itu mengumumkan pada satu sidang media pada Isnin (7 Mac) bahawa beliau didapati positif bagi meldonium, bahan yang diambilnya sejak 10 tahun lalu atas sebab-sebab kesihatan.