Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

Bekas doktor Chelsea tuntut Mourinho mohon maaf

Bekas doktor Chelsea tuntut Mourinho mohon maaf
BUAT TUNTUTAN: Bekas doktor pasukan Chelsea, Eva Carneiro (kiri), kelihatan meninggalkan Tribunal Pekerjaan Selatan London, kelmarin. - Foto REUTERS

LONDON: Bekas doktor pasukan Chelsea, Eva Carneiro, menuntut agar bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho, memohon maaf secara terbuka sebagai sebahagian daripada tuntutannya kerana dipecat dan diskriminasi seks.

Peguam Carneiro juga berkata Chelsea dan doktor kelahiran Gibraltar itu langsung tidak memperakui persetujuan mengenai pampasan pemecatannya menjelang perbicaraan pada Isnin ini.