Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27

PASCA SUKAN SEA KE-27

Antara suka... dan duka

 Antara suka... dan duka
PENGORBANAN BERHASIL: Saiyidah Aishah tidak dapat menahan air mata gembira yang jatuh mencurah-curah setelah beliau meraih emas mendayung petama Singapura dalam 16 tahun. Beliau memenangi acara single sculls 2km dalam masa 8 min, 8.94 saat, hampir dua saat lebih pantas daripada pesaing terdekatnya, Maryam Makdalena Daimoi dari Indonesia. Kemenangan itu lebih manis kerana beliau telah berkorban kerjaya dan wang sendiri untuk menampung perbelanjaan latihan dan menyertai pertandingan luar negeri. - Foto: TUKIMAN WARJI
BERNALURI JUARA: Tanpa disangka-sangka, Nur Alfian Juma'en muncul sebagai satu-satunya pelita yang menerangi kempen skuad silat Sukan SEA yang sebelum ini hambar. Pelajar politeknik berusia 17 tahun itu bukan sahaja menewaskan juara bertahan dari Malaysia, Mohd Fauzi Khalid 5-0 di separuh akhir, malah menumbangkan juara dunia dari Vietnam Ty Pham Van untuk meraih emas dalam acara tanding bawah 75 kilogram. - Foto TUKIMAN WARJI
PENANTIAN BERTERUSAN: Sekali lagi, pasukan bola sepak Sukan SEA negara menggigit jari setelah peluang mengakhiri kemarau emas dalam acara itu lenyap setelah tewas 0-1 di tangan Thailand di peringkat separuh akhir. Sukan SEA ke-27 ini juga adalah yang terakhir bagi beberapa pemain senior seperti Hariss Harun dan Izwan Mahbud (gambar). Bolehkah Singapura mengakhiri penantian ini apabila Sukan SEA singgah di Singapura dalam 2015? - Foto: TUKIMAN WARJI
PUTERA RENANG: Schooling mungkin gagal mencapai matlamat meraih enam emas daripada enam acara yang disertainya dalam Sukan SEA ini tetapi beliau tetap bersinar sebagai atlit paling berkalung emas Sukan SEA ini setelah meraih lima emas dan satu perak. Beliau turut memecahkan tiga rekod Sukan SEA dalam acara 100m kupu-kupu (52.67s), 200m IM (2 min, 00.89 saat) dan 4x100m gaya bebas 3 min 21.74 saat bersama pasukan renang Singapura. Pasukan renang Singapura juga mencatatkan rekod nasional baru dalam acara 4x200m gaya bebas. - Foto: TUKIMAN WARJI
Norman Sawi

Sukan SEA ke-27 yang dianjurkan buat pertama kali di Myanmar dalam tempoh 44 tahun telah menutup tirainya hujung minggu lalu. Sementara si pemenang dikalung kebahagiaan, atlit yang terkandas diselimuti duka. Pasukan Berita Harian yang berada di Myanmar sejak beberapa minggu yang lalu telah merakamkan suka duka kisah atlit ini.