Sebuah Penerbitan SPH — kumpulan media yang diyakini
Singapura,

Waktu Solat

SUBUH 5.55 SYURUK 7.12 ZUHUR 1.16 ASAR 4.24 MAGHRIB 7.18 ISYAK 8.27
Soshiok Halal
Wah! Banyak SAYURlah...
KAUNTER SALAD: Dengan barisan sekitar 60 jenis salad dan sayur-sayuran (gambar atas dan kanan), anda pasti berasa puas dapat memilih apa sahaja salad atau sayur-sayuran yang anda suka untuk dinikmati dengan pelbagai jenis sos yang disediakan. Di kaunter salad ini juga terdapat pelbagai hidangan lain seperti spageti, tiga jenis sup, labu merah bakar, salad kentang dengan tuna, coleslaw, buah-buahan, pelbagai jenis kekacang dan aiskrim Sundae.
EMM... SEDAPNYA: Hidangan ‘lamb rack’ ini lembut dan enak.
MESTI CUBA: Ikan salmon panggang dihidangkan dengan nasi mentega.
Alijah Batcha

SAYUR-SAYURAN atau salad.... hmmm... segarnya.

Oleh itu, saya tidak teragak-agak mencuba makanan di restoran Seasonal Salad Bar di Toa Payoh apabila mendapati restoran ini menyediakan sebuah kaunter khas untuk salad dan pelbagai jenis sayur-sayuran.