SG Bagus Main Menu

TAA kerjasama dengan rakan kumpul dana

TAA kerjasama dengan rakan kumpul dana
JALIN KERJASAMA: Syarikat penganjur bazar berkonsep, Rosevalley, telah memilih TAA sebagai badan amal angkatnya dan ini telah membantu TAA mengumpul melebihi $150,000 dana menerusi acara CelebFest, di mana, TAA mengadakan booth di acara tersebut. - Foto TAA

BEKERJASAMA dengan rakan-rakan kongsi boleh membantu Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) mengumpulkan lebih banyak kutipan derma buat pemohon TAA.

Namun, lebih daripada itu, TAA menganggap kerjasama dengan rakan-rakan kongsinya sebagai peluang meluaskan skop bantuan yang boleh dihulurkan kepada benefisiari TAA.