SG Bagus Main Menu

Program khatam Al-Quran
PENDAFTARAN DIBUKA: Program khatam Al-Quran bagi pihak arwah anjuran Pusat Attawasol Insaniy ini dibuka mulai semalam dan akan ditutup pada 24 Mei 2019. - Foto PUSAT ATTAWASOL INSANIY

RAMADAN ini, sampaikan kerinduan anda kepada arwah ibu atau ayah, suami atau isteri, anggota keluarga atau sahabat handai yang telah terlebih dahulu menemui Illahi dengan menghadiahkan mereka pahala mengkhatam Al-Quran.

Khidmat Pembacaan Al-Quran secara individu itu adalah anjuran Pusat Attawasol Insaniy bersama Pondok Pesantren Daarut Tauhied di Purworejo, Jawa Tengah, Indonesia.