SG Bagus Main Menu

Pelajar MAI dipilih arkitek muda terbaik

Pelajar MAI dipilih arkitek muda terbaik
TEMPA JAYA: Pelajar Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI), Aqilah Zahidah Zanial, dinamakan Arkitek Muda Terbaik dalam Program Belia, Seni Bina CapitaLand (CLYAP). - Foto MADRASAH AL-ARABIAH AL-ISLAMIAH
SHAMSUL JANGARODIN

PENDIDIKAN di madrasah sepenuh masa bukan penghalang bagi Aqilah Zahidah Zanial daripada mencatat kejayaan dalam program seni bina khusus bagi pelajar menengah lewat tahun lalu.

Malah, berkat usaha gigih beliau dalam Program Belia, Seni Bina CapitaLand (CLYAP), Aqilah berjaya dipilih antara lima pelajar yang dikenal pasti memiliki komitmen tinggi serta kemahiran dan keupayaan baik dalam mereka bentuk.