SG Bagus Main Menu

Pusat Dialisis MTFA sedia khidmat bagi pesakit kurang mampu

Terletak di Norris Road, pusat yang dikenali sebagai MDC itu dibuka rasmi Mac lalu dan boleh menampung sehingga 78 pesakit

Pusat Dialisis MTFA sedia khidmat bagi pesakit kurang mampu
KHIDMAT SANGAT MEMUASKAN: Cik Siti Radhiyah Najib (kiri) mendapatkan rawatan dialisis di MDC kelolaan MTFA. Kelihatan beliau dibantu oleh pengurus MDC, Encik Rhoderick Arellano. - Foto BM oleh GAVIN FOO
RADEN ZAINAL MUSTAFA

SEBUAH pusat dialisis khusus untuk pesakit ginjal yang dibuka kepada semua pesakit kurang mampu tanpa mengira kaum dan agama.

Pusat Dialisis Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) atau dikenali sebagai MDC menyediakan rawatan dialisis bersubsidi kepada pesakit yang berpendapatan rendah agar mereka tidak merasa kehilangan kerana tidak mendapat rawatan akibat masalah kewangan.