SG Bagus Main Menu

KESEJAHTERAAN

Peranan masjid bukan sekadar ruang bersolat

MAKLUMAT Peranan masjid bukan sekadar ruang bersolat
WAJAH BARU: Inilah rancangan rupa wajah Masjid Wak Tanjong yang baru selepas menjalani kerja baik pulih. - Ilustrasi foto MASJID WAK TANJONG
ASMAWI MASHURI

MASJID merupakan tempat suci dan pusat kegiatan orang Islam. Institusi masjid sangat dekat di hati masyarakat kita. Oleh sebab itu, masjid memainkan peranan penting dalam membina perwatakan, akidah, keimanan, nilai murni dan daya tahan masyarakat Islam.

Ini penting sekali dalam usaha kita membina masyarakat cemerlang. Maksud kecemerlangan ini ialah setiap Muslim mampu memancarkan penghayatan ibadah dan menghayati intipatinya.