SG Bagus Main Menu

Pakar: Pesakit diabetes Melayu lebih berisiko hidapi sakit ginjal

Pakar: Pesakit diabetes Melayu lebih berisiko hidapi sakit ginjal
TREND MEMBIMBANGKAN: Dr Soh Lip Min menarik perhatian ada juga pesakit yang penyakit kencing manisnya hanya diketahui selepas keadaan itu menjadi kian serius dan sudah mengalami komplikasi. - Foto BH oleh MATTHIAS CHONG
FARID HAMZAH

MASYARAKAT Melayu yang menghidap kencing manis lebih kerap dikesan mengalami kegagalan ginjal berbanding etnik lain, kata Konsultan, Pusat Kencing Manis dan Endokrin Hospital Raffles, Dr Soh Lip Min.

Dr Soh yang juga pakar dalam endokrinologi berkata berdasarkan pemantauannya sendiri, ramai pesakit Melayu yang terpaksa menjalani dialisis selepas ginjal mereka rosak akibat kencing manis.