SG Bagus Main Menu

KESIHATAN & KESEJAHTERAAN

Kulit halus, bersih dan menawan

Kulit halus, bersih dan menawan
BANTU MENCANTIKKAN WANITA: Cik Sabrina, yang menjalankan khidmatnya di rumah pelanggan, menunjukkan antara barangan yang digunakan dalam tugasnya. – Foto ISMAWATI ISMAIL
ISMAWATI ISMAIL

BAGI mereka yang mempunyai bulu badan yang berlebihan, dan agak janggal dan segan untuk mendapatkan rawatan di salon kecantikan, terdapat pilihan untuk menikmati layanan selesa di rumah sendiri.

Sejak lima tahun lalu, Cik Nur Sabrina Adnan, 32 tahun, seorang ahli terapi kecantikan yang menyediakan khidmat membuang bulu badan dengan teknik melilin atau dikenali sebagai waxing secara bergerak.