SG Bagus Main Menu

KESIHATAN & KESEJAHTERAAN

Jaga pemakanan, senaman agar lebih sihat dan cergas

Jaga pemakanan, senaman agar lebih sihat dan cergas
MAMPU DIDAKI: Jemaah dan kakitangan Jalaluddin Travel & Services Pte Ltd berjaya mendaki puncak Jabal Nur bulan lalu kerana cergas hasil jaga pemakanan dan kesihatan - Foto JALALUDDIN TRAVEL & SERVICES PTE LTD
USTAZ JALALUDDIN HASSAN

BARU-BARU ini saya bertemu dengan seorang pak cik yang kelihatan pucat wajahnya dan lemah pergerakannya. Saya tergerak hati untuk bertanya, "Pak cik kurang sihat ke?" Beliau lalu menjawab, "Ustaz, Pak cik ni mengidap bermacam penyakit. Macam-macam pak cik ada. Berbuih mulut pakcik nak sebutkan."

Kata-kata pak cik itu kerap kali saya dengar daripada jemaah dan pelajar di kuliah saya yang sudah lanjut usia.