SG Bagus Main Menu

KESEJAHTERAAN

Asah bakat rencam pelajar

MAKLUMAT Asah bakat rencam pelajar
PENDEDAHAN LANJUTAN: Madrasah Al-Arabiah kerap mendedahkan pelajar kepada program sains dan matematik bagi menjadikan pengalaman pembelajaran lebih menyeluruh. - Foto MADRASAH AL-ARABIAH AL-ISLAMIAH
SHAMSUL JANGARODIN

SATU pasukan pelajar perempuan Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) di Toa Payoh berjaya merangkul pingat perak dalam Pertandingan Memanah Antara Sekolah-Sekolah di Peringkat Nasional.

Pasukan itu dianggotai Iradah Abu Bakar, Siti Sofiyah Mohammad Noor dan Zayna Hashim, kesemuanya berusia 14 tahun.