SG Bagus Main Menu

Alat baru bantu wanita yang sukar hamil

Alat baru bantu wanita yang sukar hamil
LEBIH BERKESAN: Dr Seng Shay Way (kanan) berkata sejak digunakan sekitar setahun lalu di Hospital Raffles, teknik permanian secara perlahan (Sri) telah berjaya dalam tiga daripada 10 wanita yang dipasang dengan alat tersebut. - Foto BH oleh JEREMY KWAN
FARID HAMZAH

SEJENIS alat yang menggunakan teknik permanian secara perlahan (Sri) kini mendapat perhatian sesetengah pasangan wanita yang menghadapi kesukaran hamil.

Diberi nama EVIE-Sri, teknik tersebut yang memanfaatkan pam mekanikal kecil yang secara perlahan memasukkan air mani ke dalam rahim sepanjang empat jam, menambah peluang kehamilan sebanyak seganda.