SG Bagus Main Menu

MENYAMBUT RAMADAN

TAA sedia wadah derma rencam, lantik 3 duta

TAA sedia wadah derma rencam, lantik 3 duta
BERI SINAR HARAPAN: Encik Zaqy Mohamad (tengah) menghulurkan habuan kepada penerima bantuan TAA. Beliau diapit Ketua Jawatankuasa Eksekutif Dana Amanah TAA, Encik Harmizan Abdul Hamid (kanan), dan Pengurus Kanan Tabung Amal Aidilfitri (TAA), Encik Mohd Yahya Zakaria. - Foto TAA

PELANTIKAN tiga duta amal - pelakon Alias Kadir, Shahril Wahid dan cef selebriti Mel Dean - bagi kempen Ramadan Dana Amanah Tabung Amal Aidilfitri (TAA) tahun ini diharap dapat mempengaruhi lebih ramai orang supaya menderma menerusi wadah digital.

Demikian yang dikongsi Ketua Jawatankuasa Eksekutif Dana Amanah TAA, Encik Harmizan Abdul Hamid, tentang peranan tiga duta tersebut. Mereka akan bantu menyebarkan semangat memberi dan menolong sepanjang Ramadan.