SG Bagus Main Menu

SALAM AIDILFITRI

Syah Ibrahim terpaksa buat penyesuaian baju Raya sebab isteri hamil

Syah Ibrahim terpaksa buat penyesuaian baju Raya sebab isteri hamil
TIDAK SABAR BERAYA EMPAT BERANAK: Apabila mendapat tahu isterinya, Cik Ana Wahyuni Muhammad Rousdy hamil, maka terpaksalah keluarga Syah Ibrahim membuat penyesuaian baju Raya keluarganya. Dan nampaknya keluarga Syah tidak sabar menanti Hari Raya Aidilfitri tahun depan apabila mereka dapat beraya empat beranak pula. – Foto BH oleh TIMOTHY DAVID
ERVINA MOHD JAMIL

SELEPAS tiga tahun beraya bertiga, keluarga mantan deejay popular, Syah Ibrahim, tidak sabar beraya sebagai keluarga empat beranak tahun depan.

Ini kerana isteri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Orange Travel itu kini hamil dan pasangan itu bakal menimang cahaya mata kedua mereka lewat tahun ini.