SG Bagus Main Menu

SALAM AIDILFITRI

Meriah bersama jemaah

Meriah bersama jemaah
KHIDMAT DEMI JEMAAH: Pengurus Besar Kelompok Masjid Selatan, Encik Paiman Supangat, banyak meluangkan masa hingga hampir tengah hari di masjid pada pagi Raya. Beliau kini merupakan pengerusi Masjid Abdul Ghafoor serta menguruskan Masjid Jamiyah Ar-Rabitah dan Masjid Haji Muhammad Salleh (Palmer Road). - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
Meriah bersama jemaah
BERSAMA KELUARGA TERCINTA: Encik Paiman (kanan) bersama keluarganya semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Foto ihsan PAIMAN SUPANGAT

SEBELUM subuh lagi, Pengurus Besar Kelompok Masjid Selatan, Encik Paiman Supangat, 64 tahun, berada di Masjid Sultan demi tugas.

Beliau ingin memastikan agar semua persiapan buat tetamu terhormat datang solat Aidilfitri di masjid itu berjalan lancar.