SG Bagus Main Menu

SALAM AIDILFITRI

Kumpul 'dua keluarga' sempena Raya

Kumpul 'dua keluarga' sempena Raya
PENTINGKAN KELUARGA: Encik Ayoob dan isteri, Cik Hamidah (dua dari kanan), bersama anak, Cik Shahidah (kiri) dan Cik Shahirah. Anak bongsunya, Dr Ammar, tiada dalam foto atas sebab tugas. – Foto BH oleh KHALID BABA
FARID HAMZAH

BERKUMPUL dengan keluarga merupakan amalan bermakna bagi semua anggota masyarakat Islam menjelang Lebaran.

Seperti keluarga lain, Encik Ayoob Angullia turut memastikan keluarganya berkumpul di rumah - bukan sekadar setiap pagi Syawal, malah pada hari terakhir Ramadan supaya dapat berbuka puasa sama.