SG Bagus Main Menu

SALAM AIDILFITRI

Gabung budaya beraya di S'pura

Gabung budaya beraya di S'pura
SAMBUT SYAWAL DENGAN KESYUKURAN: Encik Ali Abbas dan isteri Cik Naeem Talat menyediakan sajian seperti beriani dam, roti nan, tanduri, ayam mentega, dalca dan manisan ‘gulab jamun’ buat Syawal. Mereka juga menerapkan budaya Melayu dalam sambutan dengan menyediakan biskut Raya. – Foto BH oleh IQBAL FAIZAL

DALAM budaya masyarakat Pakistan, warga beragama Islam menyambut Lebaran pada tiga hari pertama sahaja. Setelah itu, mereka kembali bertugas.

Namun, memandangkan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) restoran The Landmark dan Royal Palm, Encik Ali Abbas, sudah lebih 15 tahun tinggal di Singapura bersama isteri, Cik Naeem Talat, 38 tahun, mereka kadangkala menerima undangan ke rumah terbuka pada hujung minggu Syawal.