SG Bagus Main Menu

Awal Muharam

Usaha relawan pelihara tiga taman sekitar Masjid Yusof Ishak diiktiraf

Kumpulan berkebun Green Circle Club raih trofi Platinum Anugerah 'Community In Bloom' 2018

Usaha relawan pelihara tiga taman sekitar Masjid Yusof Ishak diiktiraf
BUAT PENCINTA TANAM - TANAMAN: Masjid Yusof Ishak pernah mengadakan acara berkebun seperti bengkel terarium anjuran kelab berkebun masjid, Green Circle Club. - Foto MASJID YUSOF ISHAK
Usaha relawan pelihara tiga taman sekitar Masjid Yusof Ishak diiktiraf
ACARA BEKEBUN: Pengerusi Masjid Yusof Ishak, Encik Mohammad Ayub Johari, mengundang masyarakat umum turut serta acara berkebun, 'Gardener's Day', yang merangkumi bengkel, sesi bual bicara dan bazar berkenaan tanam-tanaman pada 16 September di Masjid Yusof Ishak. - Foto BH IQBAL FAIZAL
NURMAYA ALIAS

HASIL memelihara tiga jenis taman di sekitar kawasan Masjid Yusof Ishak mencetuskan rasa bangga dalam kalangan sukarelawan berbilang bangsa daripada kumpulan berkebun Green Circle Club apabila masjid itu dihadiahkan trofi Platinum bagi Anugerah Community In Bloom (CIB) 2018 oleh Lembaga Taman Negara, bulan lalu.

Kumpulan Green Circle Club, yang ditubuhkan pada April 2017, merupakan sebahagian daripada usaha Unit Outreach Masyarakat Masjid Yusof Ishak bagi menghimpunkan sukarelawan yang mempunyai minat serupa iaitu berkebun. Ia kini mempunyai sekitar 40 anggota.