SG Bagus Main Menu

SENTUHAN RAMADAN

'Tamar' papar Muslim bersikap toleransi dan inklusif

'Tamar' papar Muslim bersikap toleransi dan inklusif
JALIN IKATAN: Sekumpulan relawan, yang terdiri daripada pelajar dan anggota jawatankuasa rakyat (RC) Meridian mewakili Masjid Al Istighfar di Pasir Ris untuk menjayakan Projek Tamar (Together Achieving Maghfirah and Rahman) baru-baru ini. Mereka mengagih-agihkan tamar atau kurma kepada sekitar 1,000 keluarga berbilang kaum yang menetap di sekeliling masjid. Tujuan utama mereka, antara lain, ialah untuk memberitahu penduduk tentang kegiatan yang bakal diadakan di masjid sempena Ramadan dan untuk memohon maaf dan pemahaman mereka jika ada kegiatan masjid yang mengganggu keselesaan mereka. - Foto MASJID AL ISTIGHFAR

"Kami berharap projek seperti ini, yang bertujuan mendekatkan masyarakat lebih luas dengan masyarakat Islam di Singapura mendatangkan kesan yang mendalam bagi anak-anak kita. Kami ingin menunjukkan bahawa nilai-nilai Islam yang termasuk berbuat baik dengan jiran.

Bagi orang bukan Islam, kami berharap mereka dapat melihat bahawa orang Islam di Singapura bersikap toleransi dan insklusif, dan tidak berhasrat untuk menyebabkan sengketa dalam melaksanakan amalan ibadah dan kegiatan lain."