SG Bagus Main Menu

SENTUHAN RAMADAN

Setangkai mawar tanda sayang, pererat hubungan

Setangkai mawar tanda sayang, pererat hubungan
TANDA PENGHARGAAN: Relawan dari Masjid Assyakirin mengunjungi lebih 150 individu dan keluarga yang tinggal berhampiran masjid di Taman Jurong itu dan menghadiahkan masing-masing dengan setangkai mawar. Perbuatan itu mudah, tetapi ia diharap mendatangkan kesan yang berpanjangan bagi mempererat hubungan antara masjid dengan penduduk berbilang kaum dan agama di kejiranan itu. Projek itu diusahakan bersama Majlis Belia Eksekutif Taman Jurong dan Jawatakuasa Penduduk (RC) Taman Jurong, dengan sokongan Roses of Peace, pertubuhan bukan pemerintah yang menganjurkan kegiatan silang agama untuk menjalin pemahaman dan persahabatan antara kaum berbeza. - Foto MASJID ASSYAKIRIN

"Inisiatif untuk memberikan bunga mawar adalah simbolik bagi nilai sayang, mesra, prihatin dan harmoni yang hendak kami sampaikan kepada jiran tetangga kami kerana nilai ini telah kami hargai sejak masjid ditubuhkan pada 1978.

"Dari usaha ini, kami berharap agar masjid sentiasa dilihat sebagai sebuah instituisi yang mesra masyarakat, prihatin akan ehwal mereka dan sentiasa menyebarkan nilai rahmah seperti yang diajarkan oleh Islam agar suasana harmoni dan toleransi dapat terus diperkukuhkan dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Singapura."