SG Bagus Main Menu

Awal Muharam

Relawan dipelawa jadi anggota Lembaga Pentadbir Masjid

Relawan dipelawa jadi anggota Lembaga Pentadbir Masjid
KELOMPOK MASJID TIMUR: Pengurus Besar Kelompok Masjid Timur, Encik Abdul Rahman Bakar (berdiri, tengah), dengan pasukannya, (duduk, dari kiri) Cik Nurazlin Mohd Aniba, Nuramirah Sari dan (berdiri, dari kiri) Encik Asmawi Mashuri dan Khairul Nizam Zarai. – Foto BH oleh IQBAL FAIZAL
AJAK SUMBANG KHIDMAT: Encik Abdul Rahman berkata undangan menganggotai LPM (Lembaga Pentadbir Masjid) kali ini melibatkan 18 masjid di bawah Kelompok Masjid Tïmur. – Foto BH oleh IQBAL FAIZAL
NURMAYA ALIAS

INDIVIDU yang ingin menabur bakti kepada masyarakat dialu-alukan berkhidmat sebagai sukarelawan masjid dengan menganggotai Lembaga Pentadbir Masjid (LPM).

Menurut Pengurus Besar Kelompok Masjid Timur, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Abdul Rahman Bakar, 48 tahun, undangan menganggotai LPM kali ini melibatkan 18 masjid di bawah Kelompok Masjid Tïmur.