SG Bagus Main Menu

PERASMIAN MASJID DARUL GHUFRAN

Perhiasan dinding Masjid Ghufran suntik nilai, inspirasi buat jemaah

Hiasan ayat Quran dipilih secara teliti dengan kerjasama Mufti

Perhiasan dinding Masjid Ghufran suntik nilai, inspirasi buat jemaah
MAKNA DISEBALIK AYAT: Ustaz Jamaluddin berharap inti ayat Quran di masjid dapat menggalak jemaah serta masyarakat untuk membersihkan hati mereka sebelum memulakan sesuatu, tidak kira dari segi amalan, tempat atau apa jua perbuatan. - Foto IQBAL FAIZAL
NUR HUMAIRA SAJAT

AYAT-AYAT Quran yang terpampang di dinding luar dan dalam bangunan Masjid Darul Ghufran bukan sekadar perhiasan indah buat tatapan mata sahaja.

Sebaliknya, makna yang tersirat di sebalik ayat itu bertujuan menyuntik nilai murni dan kerohanian dengan harapan ia dapat menjadi panduan hidup buat setiap orang Islam yang mengunjungi masjid tersebut.