SG Bagus Main Menu

MAULIDUR RASUL

Pengalaman belajar di Pergas

Pengalaman belajar di Pergas
MESRA PELAJAR: Hari Orientasi Pelajar (HOPe), sebuah acara satu hari untuk menyambut dan memperkenalkan pelajar baru di Institusi Pengajian Islam Pergas (IPIP). - Foto PERGAS
NORIDAH BASIR

PADA mulanya, ketika ingin mendaftarkan diri untuk mengikuti pengajian di Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP), saya agak keberatan sedikit sebab dengan mendaftar bermakna saya perlu mengimbangi masa antara pekerjaan dan pelajaran.

Sebagai pekerja sepenuh masa, saya perlu membahagikan waktu kerja dan waktu belajar agar tidak memberi tekanan pada diri sendiri. Salah satu kebimbangan yang saya hadapi adalah masa/waktu. Contohnya, jangka masa untuk mengulang kaji, mengulas makalah yang diberi, persiapan untuk penyampaian dan selainnya - sama ada di pejabat mahupun di bilik darjah.