SG Bagus Main Menu

EHWAL MASYARAKAT KITA

Pelajar dan tenaga kerja Madrasah Al-Arabiah teruja nantikan bangunan baru

Pelajar dan tenaga kerja Madrasah Al-Arabiah teruja nantikan bangunan baru
BANGUNAN SEMENTARA: Pengetua MAI, Encik Herman Cher Ma’in, berharap madrasah baru yang dijangka dibina tahun depan dan siap menjelang 2019 dapat menjadi ‘sebuah madrasah alaf baru’. - Foto JOHARI RAHMAT
SHAMSUL JANGARODIN

PARA pelajar dan tenaga kerja Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) menyambut baik langkah membina sebuah bangunan baru bagi madrasah tersebut, dan berharap ia menjadikan pemangkin bagi para pelajar setempat lebih mendalami ilmu sains dan Islam secara lebih bersepadu.

Menulis di laman Facebook madrasah tersebut, Pengetua MAI, Encik Herman Cher Ma’in, berkata sudah tiba masanya “kurikulum MAI yang bersiap untuk masa depan diberikan sekitaran pembelajaran yang juga bersiap untuk masa depan”.