SG Bagus Main Menu

INDAHNYA KEHIDUPAN!

Masjid Khalid jalani ubah elok tampung lebih banyak jemaah, kegiatan

Projek mula Februari ini hingga pertengahan 2020

Masjid Khalid jalani ubah elok tampung lebih banyak jemaah, kegiatan
KEGIATAN MASYARAKAT: Masjid Khalid terlibat dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan dan salah satunya ialah acara Wau W.O.W., satu seni pemasangan yang merangkumi lukisan layang-layang batik besar bersempena Festival PAssionArts 2018 pada Ogos lalu. - Foto MASJID KHALID
Masjid Khalid jalani ubah elok tampung lebih banyak jemaah, kegiatan
TUJUAN PENINGKATAN MASJID: Encik Alla'udin menyatakan jumlah jemaah kian meningkat dengan perkembangan kemudahan di sekitar kawasan Geylang Serai seperti pembinaan Wisma Geylang Serai serta bangunan-bangunan baru. - Foto fail

SEMOGA Masjid Khalid makin lama makin makmur.

Demikian harapan pengerusi Masjid Khalid, Encik Alla'udin Mohamed, 65 tahun, dengan projek ubah suai masjid yang bakal dijalankan mulai hujung Februari ini dan dibuka semula pada pertengahan 2020.