SG Bagus Main Menu

Indahnya Kehidupan!

Masjid Abdul Gafoor perlukan $3.5j bagi peningkatan, pemulihan

Masjid Abdul Gafoor perlukan $3.5j bagi peningkatan, pemulihan
KERJA-KERJA PENINGKATAN: Masjid Abdul Gafoor telah dibina pada tahun 1859, kini sedang gigih menjalani kerja-kerja peningkatan dan menaik taraf demi untuk memperluaskan lagi ruang, prasarana dan kemudahan di masjid tersebut. - Foto MASJID ABDUL GAFOOR
Masjid Abdul Gafoor perlukan $3.5j bagi peningkatan, pemulihan
PENUH BERSEJARAH: Masjid Abdul Gafoor yang terletak di Dunlop Street telah diwartakan sebagai monumen negara pada tahun 1979. - Foto MASJID ABDUL GAFOOR

SALAH satu masjid bersejarah di negara ini, Masjid Abdul Gafoor telah dibina pada 1859, kini sedang gigih menjalani kerja-kerja peningkatan dan menaik taraf demi memperluaskan lagi ruang, prasarana dan kemudahan di masjid tersebut.

Terletak di Dunlop Street, berdekatan kawasan Serangoon Road, masjid indah ini telah dibangunkan semula pada tahun 1998, dan kini boleh menampung sehingga 2000 jemaah serentak, dan menawarkan kelas madrasah dalam bahasa Tamil dan kelas-kelas agama yang lain.