SG Bagus Main Menu

SENTUHAN RAMADAN

Kunjungan sebar kegiatan masjid sepanjang Ramadan

Kunjungan sebar kegiatan masjid sepanjang Ramadan
SEBARKAN KEGIATAN MASJID: Kakitangan dan sukarelawan masjid menziarahi sekitar 40 buah rumah di sekitar kawasan Marsiling Crescent dan Marsiling. Objektif progam Kunjungan Muhibbah ini antaranya ialah untuk memberikan kurma dan juga majalah Masjid An-Nur bagi memberitahu tentang program-program yang dianjurkan sepanjang Ramadan. - Foto MASJID AN-NUR
OBJEKTIF MASJID: Pada tahun ini, Masjid An-Nur mempunyai lebih banyak program outreach dan keluar mendekati masyarakat di kawasan kejiranan masjid. - Foto MASJID AN-NUR

BUAT julung-julung kalinya, Masjid An-Nur mengadakan program Kunjungan Muhibbah, di mana lebih kurang 15 orang yang terdiri daripada kakitangan masjid dan sukarelawan Muslimah dan belia, menziarahi sekitar 40 buah rumah di sekitar kawasan Marsiling Crescent dan Marsiling.

Objektif progam Kunjungan Muhibbah ini antaranya ialah untuk memberikan kurma dan juga majalah Masjid An-Nur bagi memberitahu tentang program-program yang dianjurkan sepanjang Ramadan.