SG Bagus Main Menu

SENTUHAN RAMADAN

Kukuh institusi keluarga, cintai masyarakat dan sayang alam sekitar

Kukuh institusi keluarga, cintai masyarakat dan sayang alam sekitar
SENTUHAN RAMADAN 2018: Para anggota Jawatankuasa Sentuhan Ramadan 2018, (dari kiri) Cik Siti Nuraini Asmuri, Cik Rahidah Jemadi, Encik Paiman Supangat, Encik Mohammad Ariff Salleh dan Encik Muhammad Khairul Jameel Yahya, mengongsi pelbagai program dan kegiatan yang akan diadakan bagi umat Islam Singapura sepanjang Ramadan ini. - Foto BH oleh JONATHAN CHOO
IRMA KAMARUDIN

MENGUKUHKAN institusi kekeluargaan, cintai masyarakat dan sayangilah alam sekitar - ini adalah tiga teras utama dalam kempen Sentuhan Ramadan 2018.

Bertemakan Semarak Langkah, Berjiwa Rahmah: Rahmah Bermula Daripada Saya, kempen Ramadan tahun ini mengambil inspirasi daripada contoh Nabi Muhammad saw dalam kepentingan mengejar ilmu, menggalak nilai-nilai baik dan membina keluarga yang berdaya tahan.