SG Bagus Main Menu

SENTUHAN RAMADAN

Inisiatif galak bukan Muslim rai Ramadan bersama

Inisiatif galak bukan Muslim rai Ramadan bersama
RAIKAN RAMADAN BERSAMA: Cik Siti Nuraini berharap Ramadan kali ini juga dapat disambut bersama masyarakat bukan Islam di sini agar mereka juga memahami mesej dan hikmah di sebalik bulan suci itu. - Foto BH oleh JONATHAN CHOO
Inisiatif galak bukan Muslim rai Ramadan bersama
BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN: Sentuhan Ramadan juga kali ini cuba memberi tumpuan kepada golongan yang memerlukan dalam masyarakat luas dan bukan hanya masyarakat Islam, seperti yang pernah dilakukan Muis. - Foto fail

MASYARAKAT bukan Islam akan mempunyai peluang untuk sama-sama meraikan Ramadan tahun ini menerusi satu inisiatif baru dipanggil My Ramadan Experience.

Inisiatif tersebut akan mengajak keluarga Islam dan bukan Islam untuk sama-sama meraih pengalaman melakukan kerja relawan di masjid semasa bulan suci ini, seperti mengagihkan bubur dan membuat persiapan untuk iftar.