SG Bagus Main Menu

SENTUHAN RAMADAN

Galak Muslim sebar rahmah, jalin hubungan dengan jiran, masyarakat bukan Islam

Galak Muslim sebar rahmah, jalin hubungan dengan jiran, masyarakat bukan Islam
SEBAR RAHMAH: Murid tadika Masjid Assyakirin bergambar dengan sukarelawan lain yang menjayakan projek 'Roses of Peace' baru-baru ini. Mereka telah melawat penduduk di sekitar masjid dan menghadiahkan bunga mawar kepada mereka, untuk menunjukkan kemesraan dan sikap insklusif masyarakat Muslim di Singapura. Dianjurkan oleh masjid, acara itu turut dijayakan pertubuhan bukan pemerintah Roses of Peace, Majlis Belia Eksekutif Taman Jurong dan Jawatankuasa Penduduk Taman Jurong. - Foto MASJID ASSYAKIRIN

BIASANYA, Muslim di Singapura menyambut Ramadan dengan menambah amalan yang memperkukuh pegangan agama dan mempererat hubungan antara satu sama lain.

Tahun ini, Muslim di sini dipelawa melanjutkan amalan itu kepada masyarakat lebih luas - yang bukan beragama Islam - dan juga kepada sekitaran, bagi menunjukkan sifat inklusif dan keprihatinan tentang isu melepasi agama.