SG Bagus Main Menu

MAULIDUR RASUL

Forum Perdana di Stadium Bedok

Forum Perdana di Stadium Bedok
TAWAR PELBAGAI PROGRAM: Selain Forum Perdana sempena sambutan maulud Nabi esok, Masjid Darul Aman turut menawarkan pelbagai kuliah agama hampir setiap hari. - Foto MASJID DARUL AMAN
ISMAWATI ISMAIL

BERSEMPENA dengan sambutan Maulidur Rasul kali ini, Masjid Darul Aman bakal mengadakan Forum Perdana esok bertempat di Bedok Stadium, bermula dari 5 petang hingga 10 malam.

Selain forum, atur cara atau program lain termasuk persembahan maulid diba'ie, qasidah, nasyid dan tilawah Al-Quran berqiraat.