SG Bagus Main Menu

BAPA ajak masyarakat setempat beri sokongan dan beramal pada bulan Ramadan

Sokongan masyarakat diharapkan bagi menjayakan projek tajaan juadah berbuka puasa dan wakaf sepanjang Ramadan

BAPA ajak masyarakat setempat beri sokongan dan beramal pada bulan Ramadan
HULURAN BANTUAN DIHARAPKAN: Masyarakat setempat juga berpeluang menyumbang bersama ke arah kebajikan dengan melaksanakan wakaf. Antara projek-projek wakaf yang dijalankan pada bulan Ramadan ini adalah wakaf rumah, wakaf telaga, wakaf sampan, wakaf bilik air, wakaf basikal dan wakaf Quran Braille. - Foto BAPA

KEDATANGAN bulan Ramadan sering kali disambut meriah oleh umat Islam di seluruh dunia.

Masyarakat Islam sedunia mengambil kesempatan sempena bulan berkat ini untuk berhimpun demi mengeratkan silaturahim sesama saudara serta sahabat-handai.